Italdesign Giugiaro
Italdesign Giugiaro

Italdesign Giugiaro

Italdesign Giugiaro S.p.A merupakan sebuah syarikat rekabentuk dan kejuruteraan yang berpangkalan di Moncalieri, Itali yang berakar umbi daripada penubuhan tahun 1968 bagi Studi Italiani Realizzazione Prototipi S.p.A oleh Giorgetto Giugiaro dan Aldo Mantovani.[3][8] Paling dikenali kerana kerja rekabentuk automotifnya, Italdesign juga menawarkan khidmat rekabentuk produk, pengurusan projek, penstailan, pempakejan, kejuruteraan, pemodelan, pemprototaipan dan pengujian kepada pengeluar kereta di seluruh dunia.[5] Setakat 2010, Italdesign mempunyai 800 orang pekerja.[2][3][4]Pada 9 Ogos 2010, anak syarikat AUDI AG iaitu Lamborghini Holding S.p.A menguasai 90.1% daripada saham di dalam Italdesign Giugiaro S.p.A, termasuklah hak jenama dan paten.[1][2]

Italdesign Giugiaro

Industri Rekabentuk
Pemilik
[2][3][7]
Tempat dibekalkan Seluruh dunia[5]
Nasib Hak mengawal diambil alih oleh Lamborghini Holding S.p.A. (9 Ogos 2010)[1][2]
Keuntungan €1 juta (2011)[7]
Bilangan pekerja 800 (2010)[6]
Perancang utama
  • Giorgetto Giugiaro Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif
  • Fabrizio Giugiaro Naib Presiden
  • Enzo Pacella Pengarah Urusan
Jumlah ekuiti €120 juta (2011)[7]
Ibu pejabat Moncalieri, Itali[4]
Laman sesawang italdesign.it
Pengasas
  • Giorgetto Giugiaro
  • Aldo Mantovani
[3]
Ditubuhkan Turin, Itali 13 Februari 1968 (1968-02-13) sebagai Studi Italiani Realizzazione Prototipi S.p.A[3]
Hasil €100 juta (2010)[2][6]
Jenis Swasta
Perkhidmatan
  • Pengurusan projek
  • Penstailan
  • Pempakejan
  • Kejuruteraan
  • Pemodelan
  • Pemprototaipan
  • Pengujian
[5]